Salam buat semua.
Kali ini saya akan berkongsi mengenai kisah kehidupan saya sebagai seorang Unit Trust Consultant(UTC) di syarikat unit amanah No 1 di Malaysia. Saya mula ceburkan diri didalam bidang ini melalui teman baik yang juga saya anggap seperti adik saya Arlina. Dimana pada masa itu, demi Allah swt saya memang tidak ada sebarang maklumat mengenai apa itu unit trust. Masih ingat lagi waktu Business Opportunity Preview(BOP) yang pertama kali saya hadir, telah memberikan kesan yang amat bermakna buat saya kerana dari situ lah bermulanya titik tolak kerjaya saya sebagai utc di syarikat C. Tanpa asas, saya memulakan langkah pertama dengan berhenti kerja dalam masa 24 jam demi untuk berjaya seperti Puan F yang berkongsi kisah hidup dia sebelum bergelar utc dan selepas menjadi utc. Di kala itu kisah Puan F itu seakan-akan sangat seperti kisah hidup saya ini.
Hanya berbekalkan azam untuk berjaya dan kaya saya mulakan langkah tanpa menoleh lagi. Tanpa saya sedari saya sebenarnya sangat cetek ilmu tentang unit trust dan juga yang paling syahdu waktu itu, saya sebenarnya tidak mempunyai sebarang simpanan. Beginilah nasib kita kalau kita mengikut nafsu dan darah muda. Tetapi bagi diri saya di ketika itu, duit simpanan dan ilmu yang sedikit itu bukanlah penghalang untuk diri saya terus maju. Dengan semangat yang kental, di sokong sepenuhnya oleh teman lelaki saya waktu itu dimana sekarang dia adalah suami saya serta Arlina, kami mula mengorak langkah yang pantas. Bukan niat nak puji diri kami, tetapi sememangnya kami bangga dengan diri kami kerana tanpa bantuan sepenuhnya dari upline-upline kami telah berjaya membuat sales lebih dari RM300,000 pada bulan pertama dengan komisen sebanyak RM9000. Komisen ini saya berkongsi dengan Arlina. Senyum masa tu pun hingga ke telinga, dalam tidur pun senyum kerana dalam hidup saya ketika itu tidak pernah dapat merasai pegang duit sebanyak itu. Kalau anda ditempat saya bagaimana?
Setelah beberapa bulan di syarikat C, hasil dari membuat kajian dan bacaan saya membuat keputusan untuk berhijrah ke syarikat unit amanah No 1 di Malaysia. Bukan niat saya memperkecilkan kebolehan syarikat C tetapi demi masa depan pelanggan dan saya merasakan kerjaya ini adalah kerjaya seumur hidup saya jadi saya tekad ingin mencari sebuah syarikat untuk faedah jangka masa panjang terutama sekali buat kebaikan pelanggan dan juga tingkatkan personal development diri saya sendiri. Alhamdulillah semenjak berhijrah, kehidupan saya dan keluarga semakin menampakkan kemajuan.
Sehingga kini saya telah mempunyai lebih dari 400 pelanggan. Perlu saya nyatakan, seawal penglibatan saya dalam bidang ini saya tidak mempunyai sebarang contact atau leads tetapi saya berusaha keras mencari database clients tidak kira dimana saja. Ada kala saya meminta dari pelanggan-pelanggan yang membuat pelaburan denagn saya, dan adakalanya saya membuat face to face di mana saya pergi kemana saja untuk bertukar business card dengan sesiapa saja. Dari seorang hingga bertambah ke 400 lebih clients. Benarlah kata Allah swt;
"" Man jadda wajada, wa man zara’a hasada, wa man yajtahid yanjah " adalah prinsip meraih kejayaan dan keuntungan yang berasaskan kepada usaha yang bersungguh-sungguh oleh seseorang Muslimin dan Muslimat di dalam hidupnya dengan berpandukan kepada ajaran Islam.
مَنْ جَدَّ وَجَدَ - Man jadda wajada bermakna "sesiapa yang berusaha (Inshallah) akan mendapat apa yang diusahakannya".
مَنْ جَدَّ وَجَدَ - Man jadda wajada bermakna "sesiapa yang berusaha (Inshallah) akan mendapat apa yang diusahakannya".
Saya sebenarnya tidak membuat sebarang cerita dongeng pun di sini, kepada anda diluar sana yang masih tercari-cari kerjaya atau peluang untuk majukan diri sendiri serta keluarga, sila lah berikan diri anda peluang untuk mencuba bidang ini kerana jika bidang ini sememangnya sangat luas dan sentiasa ada rezeki untuk diri kita. Memang tidak mudah tetapi jika berjaya mengharunginya InsyaAllah kemanisan kejayaan yang dikecapi itu sangat bermakna. Jika perlukan bantuan, saya dan rakan-rakan lain akan sedia bantu anda.
InsyaAllah nanti saya akan kongsikan tentang percutian percuma yang ditaja sepenuhnya oleh pihak syarikat. Impian saya sebenarnya untuk berjalan ke negara orang telah allah swt makbulkan. Jika anda mempunyai impian dan mimpi yang besar, jom kita sama-sama lakukan untuk mendapatkannya.
Mengambil kata-kata dari Aristotle “Kita adalah apa yang kita lakukan secara berulang kali. Justeru, kecemerlangan bukanlah suatu tindakan tetapi satu tabiat” kerana itu adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memajukan diri kita sendiri. Hidup ini adalah tanggungjawan dan amanah Allah swt jadi corakkan sebaiknya.
notakaki : Dalam kehidupan kita keluarga,kerjaya dan persahabatan merupakan 3 perkara yang terpenting. Persahabatan yang ikhlas membuahkan keharmonian serta kefahaman, saya mungkin salah dan juga mungkin betul. wallahualam.



No comments:
Post a Comment